Wednesday, May 5, 2010

Unit Psikologi Kaunseling





Unit ini dinamakan Unit Psikologi Kaunseling kerana dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling, kaunselor menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi bagi membantu klien menangani masalah dan isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling perlu bagi menghasilkan perkhidmatan kaunseling yang efektif dan profesional.


Unit Psikologi Kaunseling ini ditubuhkan di Hospital Sungai Buloh berada di bawah Pengurusan. Ini bermakna unit ini adalah di bawah naungan Pengarah Hospital dan dipantau oleh Timbalan Pengarah Pengurusan.


Jenis Perkhidmatan Kaunseling yang disediakan oleh Unit Psikologi Kaunseling adalah seperti berikut :
  1. Kaunseling Kanak-kanak
  2. Kaunseling Remaja
  3. Kaunseling Individu
  4. Kaunseling Keluarga
  5. Kaunseling Kelompok
  6. Kaunseling HIV/AIDS
  7. Intervensi Krisis
  8. Kaunseling Perkahwinan
  9. Kaunseling Motivasi
  10. Ujian Psikologi / Psikometrik

Untuk pengenalan lanjut tentang Unit Psikologi Kaunseling sila tekan :